Monday, September 7, 2015

Sunday, July 26, 2015

Gantung Bertali

26th July 2015

Tak sangka selaju ini masa berlalu. Umur pun makin meningkat. Insan-insan sekeliling juga semua dah bertukar status. Yang bayi jadi kanak-kanak, yang kekanak dah jadi remaja, yang remaja dah jadi dewasa, yang bujang sudah berdua dan sebagainya lagi. Banyak yang berubah. Aku je yang tak ubah-ubah. Heee~

Kengkawan pun dah ramai yang bertukar status. Sekurangnya dari student sudah jadi pekerja. Lama tak berjumpa. Tipulah kalau kata tak rindu. Aku bawa diri untuk beri sikit ruang pada diri. Ruang untuk develop sebuah peluang. Untuk aku pertaruhkan di hari kemudian. Untuk aku perjuangkan hingga akhir hayatku. 

Jalanku sangat berbeza, jadi maafkan aku bila agak lama aku tak bersua muka mencari teman-teman lama. Ada peluang inshaa-Allah aku akan terjah semuanya. Cuma jangan marah bila banyak yang aku tak dapat jawab dengan jayanya, aku penuh dengan ketidaksempurnaan. Penuh juga dengan kasih sayang. Hehe. =D

Dalam membina ruang untuk aku bergerak memperjuangkannya, penuh liku. Macam biasa, aku sering mulai sesuatu dengan tangisan. Dalamnya pula berselang seli antara tangis dan tawa. Dan aku mengharap akhirnya nanti penuh dengan warna ceria, inshaa-Allah semuanya dengan izin-Nya.

Bila ditanya "kerja kat mana sekarang?", dengan selamba aku jawab, "kerja kat Kedah." Untuk memastikan soalan tak dibiar sepi tak berpenghuni. 

Itu je nak kabo. Untuk masa ni. ;)

Wednesday, September 7, 2011

Aku, Mereka & UFO
3 Syawal, masa dihabiskan dengan sedara mara, sepupu sepapat kecuali ikan sepat di umah tok wan, Permatang Tinggi. Sepanjang hari ni memang banyak diisi dengan permainan zaman berzaman yang tak pernah lekang dari ingatan. Games ni jugak memang mengundang senyum tawa hilai tangis diukir kenangan zaman lampau saat diri cumalah setinggi daun lalang.
First skali main tuju kasut, main kat halaman umah tokwan. Even laman umah sempit je, tapi layannn Aku dalam permainan ni adalah tukang observe and tukang kacau, nak buat camne tu memang kepakaran aku zaman berzaman. Penat berlari, abes peluh sekati, duduk2 dulu sambil layan minum air Roselle memang ummph sekali Minuman ROSELLE untuk badan yang sihat dan kuat WOW~
Bila kering je peluh yang berjejeran and hilang je penat lelah badan yang dikandung, start la kembara game yang kedua untuk hari ni. The second game is UFO or ramai gak orang panggil tanglung. Alatan untuk game nih simple n murah je, api & surat kabo (seelok2nya yang saiz beso, tapi hari ni kitorang ada paper size kecik je. Try je la..).  Venue wajib kitorang untuk main UFO ni yang selalu menjadi tumpuan ialah kawasan bendang. Ye la kan, nak naikkan UFO ni kat depan rumah tokwan, takot dikejonya pulak oleh jiran sebelah. Bahaya2.
So, berangkat la kami seangkatan adik beradik ke bendang kat area belakang rumah tokwan. Berlari-lari anak la si kanak-kanak keriangan di atas batas. Sedikit ketenangan dan kegembiraan terasa di situ, Thank You Allah.





Memang best kat kawasan bendang ni, tambah2 time petang2 camni, duduk kat bendang, dengan angin sepoi2 bahasa, pemandangan saujana mata memandang, diselang seli dengan muzik alam, bunyi burung berkicau, kambing mengembek, deburan air bila ikan melompat.. Memang sangat speechless. Harapnya akan terus keindahan tersimpan, takkan terus pencemaran terjadi.
Bila sampai je kat kawasan ala2 strategik, mula la diatur strategi untuk menaikkan si UFO yang comel molek nih. Agak mencabar dengan saiz surat kabo yang digunakan, yang terhad untuk memuatkan berita dalam negara saja. Taktaw la mampu ke tak UFO ni nak menampung impian kami yang masing2 memang bukan kecik la saiznya. Tapi takpe tak rugi kalau mencuba.



Cuba, cuba, cuba and cuba lagi. Tiap kali itu gagal, gagal, gagal dan gagal lagi. Banyak strategi dipikir, diatur dan dirancang. UFO tu plak ada yang tak nak naek, ada yang macam nak naek tapi tak naek2. Memang cobaan Tapi as a Muslim mana mungkin kita mengalah, takde kata putus asa dalam idop kita. Cewahh Hehe.

Takpa ye adik2 semua, jangan mengalah, ada ubi ada batas ada hari kita sama2 tanam ubi ya. Ada padi ada jerami, UFO ko jangan cabar kami. Satu hari akan terbang gak UFO nih, tiba2 teringat zaman gemilang menerbangkan beberapa UFO dengan jayanya. Wah, Sejarah kekadang sungguh indah untuk dikenang!

Habis satu naskah surat kabo dicuba, so sekarang nak buat apa plak Haaa Jom kita pukul gambo reramai. Menyimpan kenangan kita sementara masih bersama. Di jalanNya, mudah2an ukhuwah ini berkekalan, insyaAllah. Moga Allah mengizinkan pertemuan kita yang seterusnya setelah masing2 terpisah dalam mencari dan memperjuangkan idop. Pape pon, yang penting moga ruang dan waktu bukanlah pemisah, kerna kita pasti akan bertemua selepas di antara keduanya~



sesenget alam

Siang mula beransur pergi, saatnya malam menguasa alam. Masanya untuk pulang=D

Thursday, April 28, 2011

kembar oh kembar~

Bestnyer tengok budak-budak kembar nih. Bertuah la sapa-sapa yang ada anak kembo. Tapi sabarnya ibu yang mengasuh and kuatnya abah yang mencari rezeki pun kena dua kali ganda la. Kalau yang kembar dua tu, belanja dua kali ganda, kerja mengurus anak-anak dua kali ganda, kerenah dua kali ganda, memang berganda-ganda.

Jom kita tengok talatah yang cute mute nih. Nikmatilah~

Hepinyer adik Copy and Paste ni~

Syoknya mandi.. Nak join~

Yang ni nyenyak tido. Sedap je dia peluk adik dia...

Blue and Pinky sister. Smile~

Alololo~ Cutenyer tido. Baru je menjengah dunia. Welcome~

Nak pi beraya ye dik. Selamat hari raya~

Berceloteh je yang kanan tu. Yang kiri tu kaki bergaya depan kamera.

It's fun to be together~

Amannya Baby A and Baby B tido~

Uuuu~ Cik adek berdua nak kua makan angin.

Adik and kakak penat tunggu mommy and daddy. Sabo ye sayang~

Monday, April 25, 2011

Saya Budak Baru Bertatih

Ramai yang request mintak tolong ajarkan edit video. Sebenonya, saya ni pun still blajo lagi and teramatlah sikit skill yang ada. Agak seganlah nak berkongsi or ngajo. Pape pun saya akan cuba kongsikan sikit la mana yang mampu. Cuma mampu berkongsi tips-tips yang ada.

Sebelum start berkongsi tips and skill yang sikit ni, saya nak berkongsi cerita sikit la macam mana saya boleh start minat dengan video editing nih yang bermula dari situ la saya blajo skil-skil mengedit video. Dulu, software first yang saya kenal untuk mengedit-edit video ni, windows movie maker. Mula-mula sesaja ja nak main-main, letak-letak gambar, letak-letak music then tengok benda tu play seniri. Bila tengok benda tu play seniri, mula la rasa WOW! and teruja to move forward. Then mula la main letak transitions, effect and so on.

Start dari situ, saya mula jatuh cinta pandang pertama ngan kerja mengedit video ni. Saya sangatlah minat benda nih. Memang sanggup spend time sampai tak tido malam semata-mata nak mengedit video, mata ni dah jadi macam mata panda. Tapi tak tido malam and tido lambat tak elok dimalkan ya. Huhu...

Bila tengok video siap, rasa kepuasan di situ. Hehe. Video first yang saya buat all about my big family. Then, video tu ditayangkan secara rasminya depan adik-beradik, mak and abah, pak cik and mak cik, sepupu and sepapat. Hehe.. Lawak lak bila fikir balek excitednya masa tuh. Tapi time tu memang kuno lagi and tak ramai yang buat keja-keja edit video ni. Saya cuma mencuba mana yang termampu even hasil kerja takde la hebat mana, sekadar buat video menyampaikan mesej and menghiburkan hati yang menonton.

Minit by minit, hour by hour, day by day, month by month and year by year. Software-software untok keja-keja mengedit video pun semakinlah canggih. Saya sedikit ketinggalan di situ. Tapi takpe, langkah perlu diteruskan.  Hehe.. Tetiba ja.

The latest software by now yang saya penah guna Ulead. Agak canggih efek-efek yang ada, and saya syorkan kepada orang yang nak mengedit video untuk try and guna software nih. banyak lagi software yang canggih tapi yang saya mampu syorkan buat masa sekarang Ulead Video Studio 11 ni la. Interactive, mudah diguna.

Tips yang paling penting bila mengedit video ni, tak kira la apa pun software yang kita guna, be familiar dengan dia punya timeline. That's the important part to control our project.
Timeline-yang dalam kotak merah.

Timeline-yang dalam kotak merah.
Thus, the most important is be familiar with timeline on how to insert, remove, trim, speed up, slow down, pictures, videos, sounds, effects, transitions and macam-macam lagi benda yang boleh dibuat kat timeline nih. Be happy to play around with this software especially area timeline. Hehe.. Selamat mengedit! =)

Niche Store