Wednesday, September 7, 2011

Aku, Mereka & UFO
3 Syawal, masa dihabiskan dengan sedara mara, sepupu sepapat kecuali ikan sepat di umah tok wan, Permatang Tinggi. Sepanjang hari ni memang banyak diisi dengan permainan zaman berzaman yang tak pernah lekang dari ingatan. Games ni jugak memang mengundang senyum tawa hilai tangis diukir kenangan zaman lampau saat diri cumalah setinggi daun lalang.
First skali main tuju kasut, main kat halaman umah tokwan. Even laman umah sempit je, tapi layannn Aku dalam permainan ni adalah tukang observe and tukang kacau, nak buat camne tu memang kepakaran aku zaman berzaman. Penat berlari, abes peluh sekati, duduk2 dulu sambil layan minum air Roselle memang ummph sekali Minuman ROSELLE untuk badan yang sihat dan kuat WOW~
Bila kering je peluh yang berjejeran and hilang je penat lelah badan yang dikandung, start la kembara game yang kedua untuk hari ni. The second game is UFO or ramai gak orang panggil tanglung. Alatan untuk game nih simple n murah je, api & surat kabo (seelok2nya yang saiz beso, tapi hari ni kitorang ada paper size kecik je. Try je la..).  Venue wajib kitorang untuk main UFO ni yang selalu menjadi tumpuan ialah kawasan bendang. Ye la kan, nak naikkan UFO ni kat depan rumah tokwan, takot dikejonya pulak oleh jiran sebelah. Bahaya2.
So, berangkat la kami seangkatan adik beradik ke bendang kat area belakang rumah tokwan. Berlari-lari anak la si kanak-kanak keriangan di atas batas. Sedikit ketenangan dan kegembiraan terasa di situ, Thank You Allah.





Memang best kat kawasan bendang ni, tambah2 time petang2 camni, duduk kat bendang, dengan angin sepoi2 bahasa, pemandangan saujana mata memandang, diselang seli dengan muzik alam, bunyi burung berkicau, kambing mengembek, deburan air bila ikan melompat.. Memang sangat speechless. Harapnya akan terus keindahan tersimpan, takkan terus pencemaran terjadi.
Bila sampai je kat kawasan ala2 strategik, mula la diatur strategi untuk menaikkan si UFO yang comel molek nih. Agak mencabar dengan saiz surat kabo yang digunakan, yang terhad untuk memuatkan berita dalam negara saja. Taktaw la mampu ke tak UFO ni nak menampung impian kami yang masing2 memang bukan kecik la saiznya. Tapi takpe tak rugi kalau mencuba.



Cuba, cuba, cuba and cuba lagi. Tiap kali itu gagal, gagal, gagal dan gagal lagi. Banyak strategi dipikir, diatur dan dirancang. UFO tu plak ada yang tak nak naek, ada yang macam nak naek tapi tak naek2. Memang cobaan Tapi as a Muslim mana mungkin kita mengalah, takde kata putus asa dalam idop kita. Cewahh Hehe.

Takpa ye adik2 semua, jangan mengalah, ada ubi ada batas ada hari kita sama2 tanam ubi ya. Ada padi ada jerami, UFO ko jangan cabar kami. Satu hari akan terbang gak UFO nih, tiba2 teringat zaman gemilang menerbangkan beberapa UFO dengan jayanya. Wah, Sejarah kekadang sungguh indah untuk dikenang!

Habis satu naskah surat kabo dicuba, so sekarang nak buat apa plak Haaa Jom kita pukul gambo reramai. Menyimpan kenangan kita sementara masih bersama. Di jalanNya, mudah2an ukhuwah ini berkekalan, insyaAllah. Moga Allah mengizinkan pertemuan kita yang seterusnya setelah masing2 terpisah dalam mencari dan memperjuangkan idop. Pape pon, yang penting moga ruang dan waktu bukanlah pemisah, kerna kita pasti akan bertemua selepas di antara keduanya~



sesenget alam

Siang mula beransur pergi, saatnya malam menguasa alam. Masanya untuk pulang=D

Niche Store